Jumat, 31 Juli 2009

Apa sich Protokol itu ???

      Protokol adalah sebuah aturan atau standar yang mengatur atau mengijinkan terjadinya hubungan, komunikasi, dan perpindahan data antara dua atau lebih titik komputer. Protokol dapat diterapkan pada perangkat keras, perangkat lunak atau kombinasi dari keduanya. Pada tingkatan yang terendah, protokol mendefinisikan koneksi perangkat keras.
Kumpulan dari beberapa aturan yang berhubungan dengan komunikasi data antara beberapa alat komunikasi supaya komunikasi data dapat dilakukan dengan benar. Protocol adalah yang menspesifikasikan secara detail bagaimana komputer berinteraksi, termasuk didalamnya format pesan yang mereka tukar dan bagaimana kesalahan ditangani. Hubungan telekomunikasi mencerminkan banyak aspek dari protokol dalam arti diplomatik, beberapa sinyal diubah dengan mengirim dan menerima perangkat, misalnya, diistilahkan dengan berjabat tangan dan berkenalan. Tiga aspek utama komunikasi yang diperhatikan oleh protokol adalah: bagaimana data direpresentasikan dan dikodekan, bagaimana ditransmisikan, dan bagaimana kesalahan dan kegagalan diketahui dan ditangani.


     Protokol perlu diutamakan pada penggunaan standar teknis, untuk menspesifikasi bagaimana membangun komputer atau menghubungkan peralatan perangkat keras. Protokol secara umum digunakan pada komunikasi real-time dimana standar digunakan untuk mengatur struktur dari informasi untuk penyimpanan jangka panjang.

     Sangat susah untuk menggeneralisir protokol dikarenakan protokol memiliki banyak variasi didalam tujuan penggunaanya. Kebanyakan protokol memiliki salah satu atau beberapa dari hal berikut:
Melakukan deteksi adanya koneksi fisik atau ada tidaknya komputer atau mesin lainnya.
Melakukan metode "jabat-tangan" (handshaking).
Negosiasi berbagai macam karakteristik hubungan.
Bagaimana mengawali dan mengakhiri suatu pesan.
Bagaimana format pesan yang digunakan.
Yang harus dilakukan saat terjadi kerusakan pesan atau pesan yang tidak sempurna.
Mendeteksi rugi-rugi pada hubungan jaringan dan langkah-langkah yang dilakukan selanjutnya
Mengakhiri suatu koneksi.Untuk memudahkan memahami Protokol, kita mesti mengerti Model OSI. Dalam Model OSI terdapat 7 layer dimana masing-masing layer mempunyai jenis protokol sesuai dengan peruntukannya.
     Di dalam model OSI, terdapat tujuh lapisan (layer) yang mana setiap lapisan adalah bebas daripada lapisan yang lain. Bagaimanapun setiap lapisan ini, dipanggil lapisan protokol (protocol), mempunyai hubungkait yang kuat dengan lapisan lain. 

Lapisan aplikasi (Application Layer)
     Lapisan ini memberikan perkhidmatan kepada pengguna dalam persekitaran
OSI dan lazimnya digunakan oleh Sistem Operasi Rangkaian (Network
Operating System). Di antara perisian popular yang menggunakan lapisan ini
ialah:
  1. Telnet
  2. Protokol Pindahan Fail (File Transfer Protocol, FTP)
  3. Sistem Fail Rangkaian, Sun (Network Filing System, NFS)
  4. AppleShare, Apple
  5. Netx, Novell
  6. DOOM (iD Software).
  Contoh protokol yang digunakan di lapisan ini ialah:
  1. DNS
  2. Protokol Pindahan Fail Mudah (Trivial File Transfer Protocol, TFTP)
  3. Protokol Pengurusan Rangkaian Mudah (Simple Network Management
       Protocol, SNMP)
  4. Protokol Pemindahan Mel Mudah (Simple Mail Transfer Protocol, SMTP)
  5. BOOTP (Bootstrap Protocol)
  6. RLOGIN
  7. MIME
  8. NFS
  9. FINGER 

Lapisan Persembahan (Presentation Layer)
     Lapisan ini menukar data kepada format paparan bagi membolehkan pengguna berhubung dengan mana-mana klien. Dengan erti kata lain, lapisan ini menukarkan Rujukan Rangkaian Standard (Standard Network References) kepada standard komputer yang digunakan.
     Pada lapisan ini juga kefahaman atau kesamaan (establishes understanding) dicapai bagaimana setiap mesin atau komputer perlu mengemuka dan menerima data dengan komputer lain. 
    Contoh protocol yang digunakan di lapisan ini ialah:
  1. HTTP
  2. Telnet
  3. AppleTalk Filing Protocol (AFP) 


Lapisan Sesi (Session Layer)
     Fungsi utama lapisan ini ialah untuk membolehkan dua stesen berhubung dan memberitahu stesen yang berkenaan sekiranya ada kerosakan pada sambungan kedua-duanya serta memutuskan talian sambungan jika diarah. Lapisan ini juga mengawal struktur di antara komunikasi dengan perisian serta menjaga log masuk (login) dan kata laluan (password), sambungan yang diwujudkan ke komputer lain dan memastikan penggunaan rangkaian yang sah.
      Contoh protocol yang digunakan di lapisan ini ialah:
  1. Protokol Kawalan Transmisi (Transmission Control Protocol, TCP)
  2. Sambungan tertentu (Named Pipes)
  3. NetBIOS
  4. Protokol Apple: ASP, ZIP, ADSP, PAP
 

Lapisan Pengangkutan (Transport Layer)
     Bahagian ini berkhidmat sebagai penjamin keutuhan (integrity) rangkaian. Protokol ini akan memastikan semua informasi atau paket sampai ke destinasinya dan akan memberitahu stesen penghantar mengulangi penghantaran paket jika ada yang tidak diterima atau diterima tetapi tidak lengkap.
     Lapisan ini juga bertanggung jawab untuk memisah dan mengumpul pesanan yang panjang, keutuhan data dan alamat (addressing).  Contoh Protocol yang digunakan di lapisan ini.
  1. Protokol Kawalan Transmisi (Transmission Control Protocol, TCP)
  2. Protokol Datagram Pengguna (User Datagram Protocol, UDP)
  3. NetBIOS/NetBEUI
  4. Pertukaran Paket Terjujuk (Sequenced Packet Exchange, SPX untuk  Novell)
  5. Protokol Komunikasi Antara Proses VINES (VINES Interprocess
       Communication Protocol, VIPC) 


Lapisan Rangkaian (Network Layer)
     Paket yang diterima diproses di lapisan ini yang memberikan alamat logikal antara klien tanpa menghiraukan bagaimana klien mencapai rangkaian. Lapisan ini juga bertanggung jawab untuk memastikan kekukuhan komunikasi, menjaga dan memutuskan sambungan (terminating connections) serta mengarah semua paket atau informasi ke destinasi akhirnya.
     Contoh protokol yang digunakan di lapisan ini:
  1. Protokol Internet (Internet Protocol, IP)
  2. IPX (Protokol Novell)
  3. Protokol Pengiriman Datagram (DDP, Apple)
  4. Protokol Kawalan Pesanan Internet (Internet Control Message Protocol, ICMP)
  5. Protokol Maklumat Laluan (Routing Information Protocol, RIP)
  6. ARP
  7. RARP
  8. OSPF
  9. BGP
  10.IGMP 

Lapisan Sambungan Data (Data Link Layer)
     Lapisan ini boleh dibahagi kepada dua, iaitu Lapisan Capaian Media (Media Access Layer, MAC) dan Kawalan Sambungan Logikal (Logical Link Control, LLC).  Lapisan MAC menguruskan capaian kepada rangkaian seperti Token Passing
untuk topologi Token Ring manakala LCC menerima dan menghantar paket atau
pesanan dari lapisan atas, iaitu Lapisan Rangkaian.
    Contoh Protocol yang digunakan di lapisan ini ialah:
  1. SLIP
  2. CSLIP
  3. PPP (Point to point protocol)
  4. MTU
  5. IEEE 802.2 (LLC)
  6. IEEE 802.3
  7. IEEE 802.5 (token ring)
  8. PPP LCP (point to point protocol untuk talian bersiri) 

Lapisan Fizikal (Physical Layer)
     Semua ciri-ciri fizikal dan isyarat elektrik diproses di sini.  Antaramuka seperti RS232 dan V.35 terletak di lapisan fizikal ini. Begitu juga kabel seperti Unshielded Twisted Pair (UTP), Koaxial dan gentian optik boleh digolongkan di lapisan fizikal manakala peralatan seperti
modem dan multiplex turut berfungsi di lapisan fizikal. Dalam erti kata
lain, ia adalah lapisan pertama perkakasan.
     Contoh protokol yang digunakan di lapisan ini ialah:
  1. ISO 2110
  2. IEEE 802
  3. IEEE 802.2
      Contoh lapisan fizikal digunakan ialah:
  1. Ethernet (10Base2, 10BaseT, 100BaseT)
  2. Token Ring
  3. Arcnet
  4. FDDI
  5. Wireless (contoh FM)  
  



1 komentar:

Powered By Blogger